HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD

PROFILE PERNIAGAAN


NAMA : Perniagaan Haji Ismail  Sdn Bhd

NO PENDAFTARAN : 378251 D

TARIKH DIPERBADANKAN : 29hb Februari 1996

ALAMAT BERDAFTAR :
68, Kompleks Alor Malai Batu 2,
Jalan Langgar, 05460  Alor Setar, Kedah.

STOR :
Lot 945, Kampung Sungai Menghulu,
Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

AKTIVITI PERNIAGAAN : Pengimport Dan Pengeksport Pelbagai Barangan Bebas Cukai

PERNIAGAAN HAJI ISMAIL SDN BHD


Perniagaan ini telah diperbadankan secara rasmi pada 29 Februari 1996. Tujuan penubuhan Syarikat ini adalah untuk mengembangkan perniagaan disamping  meningkatkan daya saing dan tahap kredibiliti sistem pengurusan sedia ada agar lebih bersedia menghadapi saingan dalam pasaran tempatan  mahupun pasaran global.

Perniagaan yang dimulakan berasaskan perniagaan keluarga telah diperkembangkan untuk menyahut seruan kerajaan dan selaras dengan Langkawi yang telah diistiharkan sebagai PULAU BEBAS CUKAI. Berbekalkan kesungguhan dan kerjasama seluruh ahli keluarga, kini PERNIAGAAN HAJI ISMAIL SDN BHD  telah mempelbagaikan barangan yang diidamkan oleh para pelanggan.

PERNIAGAAN HAJI ISMAIL SDN BHD  adalah merupakan syarikat perniagaan bumiputera yang menjalankan aktiviti mengimport dan mengeksport barangan bebas cukai di Pulau Langkawi. Di antara barangan yang diimport adalah  Pinggan Mangkuk, Kelengkapan Dapur, Coklat, Bagasi, Batik, Pelikat, Tuala dan sebagainya.

Pengiktirafan Langkawi sebagai Pulau Pelancongan yang terbaik dan Langkawi Geopark disamping status bebas cukai menjadi pemangkin kejayaan yang dicapai pada hari ini.

AKTIVITI SYARIKAT

Aktiviti harian Syarikat adalah melibatkan jualan secara borong terus kepada peniaga-peniaga kecil dan anak syarikat. Operasi bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang dan akan dipanjangkan  pada hujung minggu, hari kelepasan am dan musim-musim perayaan.

Semua perancangan dan pelaksanaan  aktiviti harian adalah dibawah pengawasan Pengurusan Syarikat. Aktiviti yang dijalankan termasuklah menerima pesanan, pembungkusan dan penghantaran. Selain jualan borong, syarikat juga menerima pesanan barang melalui pesanan kerajaan atau L/O.

Antara barangan yang dijual adalah seperti bagasi, pinggan mangkuk, kain batik, kain pelikat, tuala, coklat, barangan keperluan dapur dan pelbagai lagi barangan bebas cukai. Kebanyakan barangan ini diimport sendiri oleh syarikat.

Jualan secara runcit dijalankan melalui anak syarikat iaitu Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Terdapat lima buah kedai di sekitar Pusat Bandar Kuah bagi memastikan kuantiti bekalan yang diimport memenuhi sasaran. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan lagi penguasaan perniagaan diseluruh Pulau Langkawi.

PEMBEKAL

Barangan bebas cukai yang diedar dan dijual ini sebahagian besarnya adalah diimport terus dari China, India, Thailand, Indonesia, Singapura, Amerika dan England. Sebahagian lagi diperolehi dari agen-agen yang terdapat di seluruh Malaysia.Sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pembekal banyak membantu dalam mengukuhkan kedudukan perniagaan bagi menghadapi saingan pengimport-pengimport  yang lebih besar.

ASPEK PEMASARAN

Pada masa sekarang, semua barangan yang telah diimport telah diedarkan ke setiap premis Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Hanya sebilangan kecil sahaja pengusaha-pengusaha kedai bebas cukai di Langkawi yang berurus niaga dengan Syarikat ini.

Syarikat sentiasa memastikan setiap barangan yang dipesan oleh Premis Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd akan dihantar pada masa dan waktu yang tepat supaya tidak terputus bekalan. Ini bagi memastikan agar kedai sentiasa menyediakan barang yang mencukupi dan memenuhi selera pelanggan untuk membeli-belah disini.

Pihak Syarikat juga sedang merancang dan meneliti produk-produk baru untuk dibawa masuk ke pasaran tempatan. Setiap tahun Pengarah dan Wakil Syarikat akan menghadiri pameran barangan import untuk membuat pilihan barangan yang sesuai dengan kehendak pasaran tempatan.

KESIMPULAN

Pihak pengurusan Perniagaan Haji Ismail Sdn Bhd yakin penglibatan dan pengalaman yang diperolehi mampu meningkatkan daya saing dalam mengendalikan bidang pemborongan barangan bebas cukai. Kejayaan ini dapat menyuntik semangat untuk terus mengembangkan penglibatan dengan lebih profesional bagi menghadapi saingan pasaran global.

Pada masa sekarang syarikat  Perniagaan Haji Ismail Sdn Bhd telah menjadi agen tetap bagi barangan perkakas dapur seperti Vantage (porcelain), Superware (melamine), Noritake (fine Porcelain) dan Queen Anne (silverware).

Bagi memantapkan lagi kedudukan syarikat, Pihak Pengurusan bercadang untuk mempelbagaikan lagi barangan import disamping mengimport sendiri barangan tertentu bagi mendapatkan harga yang lebih kompetitif. Pihak Pengurusan juga mempunyai cara yang tersendiri dalam mempamerkan barangan untuk menarik minat pelanggan.