Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd

higroup

PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD (678246 M)telah diperbadankan secara rasmi pada 11 Januari 2005. Perniagaan ini ditubuhkan untuk mengambil alih syarikat persendirian yang ditubuhkan atas nama PERNIAGAAN HAJI ISMAIL. Pengasasnya adalah Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 1987 di No.2, Bazar MARA Kuah, Langkawi sebelum berpindah ke alamat No.66, Jalan Pandak Mayah 5, Pusat Bandar Kuah, Langkawi dan kekal sehingga sekarang.

Perniagaan yang bermula berasaskan perniagaan keluarga telah diperkembangkan untuk menyahut seruan kerajaan dan selaras dengan Langkawi yang telah diistiharkan sebagai PULAU BEBAS CUKAI. Berbekalkan kesungguhan dan kerjasama seluruh ahli keluarga, kini PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD  telah melebarkan cawangannya, kini PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD  telah dikenali di seluruh Negara amnya kerana kualiti produk dan harganya yang murah serta berpatutan.

PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD  adalah merupakan syarikat perniagaan bumiputera yang menjalankan perniagaan runcit barangan bebas cukai di Pulau Langkawi. Di antara barangan jualannya adalah  Pinggan Mangkuk, Kelengkapan Dapur, Coklat, Bagasi, Batik, Pelikat, Tuala dan sebagainya. Pengiktirafan Langkawi sebagai Pulau Pelancongan yang terbaik dan Langkawi Geopark disamping status bebas cukai menjadi pemangkin kejayaan yang dicapai pada hari ini.

Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd mempunyai 5 cawangan perniagaan iaitu:-

Cawangan 1
No. 23,25 & 27, Jalan Pandak Mayah 6,
Kuah, 07000, Langkawi.
Tel No : 04-9669397 Fax No : 04-9669398
Tarikh Mula Beroperasi : Jan 2005

Cawangan 2
Zon 2, Lot 2,3,4 & 5,
Kompleks Jetty Point,
Kuah, 07000, Langkawi.
Tel No: 04-9672755 Fax No: 04-9671558
Mula Beroperasi : Ogos 2006

Cawangan 3
No. 802, 803 & 804, Jalan Pandak Mayah 2,
Kuah, 07000, Langkawi.
Tel No: 04-9672714/15   Fax No: 04-9672716
Tarikh Mula Beroperasi : 16 Ogos 2007

Cawangan 4
No. 27b –32b, Kompleks Cayman
Pusat Bandar Kuah, 07000,
Langkawi.
Tel No: 04-9692702 Fax No: 04-9672700
Tarikh Mula Beroperasi : 08 Ogos 2008

Cawangan 5
G1, Kompleks HIG,
Jln Penarak, Kuah, 07000,
Langkawi.
Tel No : 04-9668513 Fax No : 04-9668513
Mula Beroperasi : 21 Mac 2013

Semua cawangan mempunyai rangkaian produk yang sama iaitu coklat, barangan dapur, pinggan mangkuk, bagasi, kain batik, pelikat, tuala dan sebagainya kecuali Cawangan 3 yang menjual coklat dan barangan dari hasil laut. Kedai ini berkonsep eksklusif  dan menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to audi suv, infiniti suv and toyota suv