HIG Property Sdn Bhd

highotel

20130217_194421

HIG PROPERTY SDN BHD (712562- X) adalah merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang mana telah
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2005.Kegiatan utama Syarikat ini
adalah terlibat di dalam bidang kemajuan hartanah dan kontraktor binaan.

HIG PROPERTY SDN. BHD. mempunyai 6 orang pengarah yang terdiri daripada:-

  • Azizan Bin Ismail
  • Aziz Bin Ismail
  • Abu Bakar Bin Ismail
  • Roslee Bin Ismail
  • Rosna Binti Ismail
  • Rosni Binti Ismail

Syarikat telah menyiapkan satu projek pembinaan 1 blok Kompleks Komersil yang mengandungi:

  • Tempat Letak Kereta ( Tingkat Sub-Basement )
  • 2 Tingkat Kompleks Perniagaan ( Tingkat Bawah-Tingkat 1 )
  • 9 Tingkat Hotel ( Tingkat Bawah – Tingkat 8 )

Di atas Lot yang sama juga telah dibina 1 blok bangunan bazaar perniagaan setingkat
yang mengandungi 24 unit gerai perniagaan dan 4 unit gerai makan serta kemudahan-kemudahan

lain yang meliputi depo sampah, pencawang TNB, surau, bilik mekanikal dan elektrikal.

Projek tersebut dijalankan di atas Lot 716 (Lot Baru 1852), Mukim Kuah, Langkawi, Kedah.

Antara projek-projek yang telah berjaya dilaksanakan ialah pembinaan lot-lot premis perniagaan

di Pantai Chenang, Langkawi. Premis-premis tersebut telah disewakan kepada 7 orang penyewa di mana

bayaran yang diterima setiap bulan daripada penyewa-penyewa tersebut merupakan pendapatan masuk

untuk Syarikat.

Selain itu, pembinaan pondok pengawal dan tempat parking kenderaan di

Syarikat Perniagaan Haji Ismail Sdn. Bhd. juga merupakan salah satu projek syarikat yang telah berjaya dilaksanakan.

Bekalan bahan-bahan mentah untuk projek pembinaan seperti kayu,  besi,  konkrit,

plywood,  scaffolding,  barang-barang  hardware dan  lain-lain  lagi  kebanyakan diperolehi

dari pembekal-pembekal yang terdapat di sekitar daerah Langkawi.

Segelintir pembekal dari Kedah dan Pulau Pinang.

Berikut ialah senarai pembekal-pembekal yang selalu berurusan dengan Syarikat :-

  • Billion Power Hardware & Ceramic Sdn. Bhd.
  • Baiduri Heights Sdn. Bhd.
  • Hanson Building Materials Malaysia Sdn. Bhd.
  • H.E. Trading (Langkawi) Sdn. Bhd.
  • Sengle (P.Langkawi) Hardware Engineering Sdn. Bhd.
  • Smart Ceramic Trading
  • SBA Aluminium & Glass
  • UC Hardware & Timber (L) Sdn. Bhd.
  • T.H.E. Concrete Sdn. Bhd.
  • Mudajaya Langkawi Engineering
  • Multiquip Trading (Langkawi) Sdn. Bhd.
  • Hill Sand Enterprise
  • As-Pertama Engineering Sdn. Bhd.
  • Pensoon Hardware Sdn. Bhd.
  • SK Mega Scaffolding Sdn. Bhd.

PROFIL SYARIKAT

NAMA :  HIG Property Sdn. Bhd.

NO PENDAFTARAN : 712562-X

TARIKH DIPERBADANKAN : 13hb Oktober 2005

ALAMAT BERDAFTAR :
No. 22-C, 2nd Floor, Jalan Telok Wanjah,
05200 Alor Star, Kedah Darul Aman.

ALAMAT SYARIKAT :
Lot 1852, Kompleks HIG
Jalan Penarak, Kuah 07000
Langkawi, Kedah Darul Aman.

NO TELEFON:04-9666005  /  NO FAX:04-9670005

AKTIVITI PERNIAGAAN : Terlibat di dalam aktiviti kemajuan hartanah dan kontraktor binaan.

*Borang untuk sewaan lot kedai dibuka semula.Sila klik di sini

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to audi suv, infiniti suv and toyota suv