HIG Langkawi Holdings Sdn Bhd

maalhijrah1436awalmuharamkomplekshajiismailgrouplangkawi

HIG LANGKAWI HOLDINGS SDN BHD (879317-D) adalah syarikat bumiputera sepenuhnya dan telah diperbadankan secara rasmi pada 16 NOV 2009 di bawah Akta Syarikat 1965. Mempunyai seramai 8 orang pemegang saham yang terdiri daripada ahli keluarga Arwah Haji Ismail bin Ahmad.

Syarikat ini di tubuhkan bertujuan untuk menguruskan perjalanan dan hala tuju anak-anak syarikat supaya berjalan lancar dan seiring dengan misi syarikat untuk menjadi sebuah syarikat peneraju utama dan mampu bersaing di pasaran global setanding dengan syarikat gergasi lain.

Pendapatan utama syarikat adalah melalui caj perkhidmatan yang disediakan kepada anak-anak Syarikat.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan dan aktiviti semasa syarikat adalah;

  1. Memantau dan mengawal selia perjalanan seharian anak-anak Syarikat . Menganjurkan kursus – kursus berkaitan pekerjaan, memberi latihan dan taklimat untuk meningkatkan kualiti pekerja.
  2. Mengurus serta mentadbir kewangan anak-anak Syarikat untuk memastikan kelancaran proses aliran wang, aset dan tanggungan Syarikat.
  3. Mengendalikan urusan sumber manusia kepada mana –mana anak Syarikat yang memerlukan.
  4. Mengendalikan sepenuhnya urusan pentadbiran dan pengurusan anak-anak syarikat.
  5. Menyediakan satu kumpulan pekerja yang memantau stok-stok barangan kedai dan gudang bagi memastikan bekalan mencukupi dan pada harga yang terkawal.
  6. Menyediakan Kawalan Keselamatan bagi mengawal dan memastikan keseluruhan aset dan semua premis dalam keadaan yang baik dan selamat.
  7. Mengawal selia dan memantau sistem IT semua anak Syarikat agar sistem beroperasi dalam keadaan baik dan lancar.

HIG Langkawi Holdings Sdn Bhd mempunyai tiga (3) anak-anak syarikat dan satu (1) syarikat berkaitan Pengarah.

1. PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD (678246 M)
Menjalankan Perniagaan Runcit dan borong. Ditubuhkan pada  tahun 2005 bersempena pengambilalihan syarikat asal Haji Ismail Group yang ditubuhkan pada tahun 1987. Kini Syarikat ini mempunyai 5 cawangan kedai. 4 beroperasi di Bandar Kuah manakala 1 lagi beroperasi di Kompleks Jetty Point. Produk utama adalah barangan bebas cukai yang terdiri dari pelbagai jenis Coklat, Barangan Dapur, Bagasi dan Batik serta Pelikat. Dibuka seawal jam 8.00 pagi untuk kedai yang beroperasi di Jetty Point Langkawi dan jam 9.00 pagi bagi lain-lain cawangan.

2. HIG PROPERTY SDN BHD (712562-X)
Aktiviti utama adalah didalam bidang pembinaan  bangunan dan kemajuan Hartanah. Ditubuhkan pada 13 Oktober 2005 . Syarikat telah menyiapkan projek Kompleks Komersil pada 21 Mac 2013 yang mempunyai 1) Tempat letak Kereta ( tingkat sub basement) 2) 2 tingkat Kompleks Perniagaan (tingkat bawah dan tingkat 1) dan sebuah Hotel bertaraf 3 bintang pada 13 November 2013.

Syarikat juga telah membina 1 blok bangunan bazar perniagaan setingkat yang mengandungi 24 unit gerai perniagaan dan 4 unit gerai makan serta lain-lain kemudahan.

3. HIG TRAVEL & TOURS SDN BHD (886326 W)
Ditubuhkan pada 14 Jan 2010.  Syarikat beroperasi sepenuhnya  sejak HIG Hotel memulakan perniagaannya pada 13 November 2013. Objektif penubuhan adalah bagi memeriahkan sektor pelancongan yang semakin rancak berkembang pesat di Pulau Langkawi.

4. HIG Hotel (Langkawi) Sdn Bhd (1033688-T)
HIG Hotel telah dibuka pada 13 November 2013. HIG Hotel terletak bersebelahan Kompleks HIG. HIG Hotel mempunyai 78 bilik yang terdiri daripada bilik Standard Hillview/Seaview, Junior Suite dan Hillview Suite.

Syarikat yang berkaitan Pengarah Syarikat:

PERNIAGAAN HAJI ISMAIL SDN BHD (378251-D)
Ditubuhkan pada 29 Februari 1996. Menjalankan perniagaan secara borong kepada peruncit-peruncit di sekitar Langkawi dan membekalkan barangan keperluan kepada Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Merupakan antara syarikat terbesar di Langkawi yang menjalankan aktiviti mengimport barangan bebas cukai. Antara barangan yang diimport adalah Coklat, pinggan mangkuk, barangan dapur, bagasi, batik, pelikat, tuala dan sebagainya.

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to audi suv, infiniti suv and toyota suv